Kamera Video Pertama Aku (Panasonic M3500)




























panasonic m3500 vhs tape.. (1998- 2004) agak ringan dari u-matic.. kamera ini pun memerlukan teknik pencahayaan yang betul dan sempurna.. oleh kerana terlalu ringan.. kesan yang aku alami adalah lengan aku sentiasa sakit.. kerana hendak mengimbang agar gambar tidak bergoyang dan bergetar.. meskipun kedudukannya agak stabil ketika diatas bahu.

paparan view finder color menyebabkan aku agak sukar untuk memokus subjek secara manual.. kecuali pakai auto.. pun agak lembab.. ini kerana bentuk view findernya yang agak kecil dan berwarna.. kelebihan kamera ini adalah boleh membuat rakaman dari 1 jam hingga 3 jam lamanya mengikut apa yang kita kehendaki.. sp12o hingga sp180.. ada juga sp270 (paling lama)

dari segi kualiti gambar agak kurang kerana finalnya dari tape vhs dan kadang-kala dari kualiti gambar dari vhs ini mesin editing aku tidak boleh terima bulat-bulat dari tape vhs ini dan terpaksalah aku convert dahulu menjadi format digital.

dulu aku selalu guna kamera ini untuk wedding/majlis kahwin.. jadi finalnya selepas suntingan pelanggan akan terima tape vhs.. tapi masa tu boleh dikatakan pemain/perakam vhs ada disetiap rumah.. bila dah maju sikit aku dah boleh convert menjadi vcd.. kira dah best dah tu.. dan sekarang tape vhs dah boleh convert ke dvd pulak..

1 comment:

  1. hai..tumpang tanya..kat mana nak dapatkan eksosori kamera ni, seperti bateri dan adaptor 12v....terima kasih.

    ReplyDelete