RAK Entertainment & Promotion
















































Alat Siaraya ataupun P.A/Sound System.. amat penting didalam sesuatu majlis.. tidak kiralah apa jua majlis atau acara.. alat siaraya ini memain peranan didalam memudahkan seseorang juruacara atau emcee menyampaikan maklumat atau persembahan untuk didengar oleh penonton..
alat siaraya yang terbaik boleh menjadikan seseorang artis atau penyanyi begitu selesa dan yakin untuk menyampaikan sesebuah lagu..

juruteknik audio juga mesti peka terhadap sistem bunyi yang diolah (trim) untuk menjadikan sesebuah lagu begitu sedap didengar dan tidak membingitkan.. begitulah adanya.. sesebuah alat siaraya membantu dalam persidangan dan ceramah agar setiap butir patah perkataan yang diucapkan oleh pengucap dapat didengar dengan jelas dan nyata (tidak pecah dan bergaung)

yang menarik tentang mereka ini adalah sikap kerjasama diantara krew-krew menjadikan sesuatu majlis itu berjalan dengan lancar dan tersusun.. dan setiap kali ada tayangan video dari hasil suntingan aku.. krew-krew dari RAK Entertainment ini tidak mengecewakan aku dari segi kualiti bunyi dan hasil kesan khas yang keluar bersama video aku..

Ini kerana peralatan yang mereka gunakan adalah berkualiti dan berjenama.. kebanyakan video aku akan ada bunyi effect kiri dan kanan speaker (Stereo) dengan lagu yang rancak.. apa yang aku buat pasti tak menghampakan dengan audio system dari mereka.. kesannya memang best..
mereka-mereka ini telah dilatih dan boleh dianggap profesional.. sebenarnya banyak lagi yang diluar sana lagi hebat-hebat dan bermutu tinggi dan mempunyai nama-nama yang gah.

Pernah juga aku terkena.. mungkin alat siaraya yang agak murah dan kurang berkualiti.. tayangan video aku jadi tak sempurna dengan bunyi berterabur dan pecah..memang hampeh..
bunyi sekali keluar.. sekali terpadam.. pastu terus hilang... nasib baik tak terbakar.. bila dah kena macam gini apakan daya.. tapi aku memang tak puas hati..

kenapa ianya penting.. kerana aku selalunya mengambil output audio dari p.a system terus ke kamera video bagi mendapat audio yang jelas dan nyata untuk tujuan rakaman.. tetapi kadangkala Juruteknik yang bertugas tidak tahu dan tidak perihatin terhadap audio yang diberikan.. dari segi kekuatan bunyi dan kualiti bunyi yang diberiakan.. memang menjadi masalah besar bila perkara ini terjadi.

kesimpulanya bila kita minta yang murah maka murahlah pemberiannya.. dan jangan salahkan mereka kerana mereka juga cari makan.. dan pandailah kita menilai untuk mencari syarikat atau agensi yang betul-betul terbaik untuk majlis atau aktiviti yang kita rancangkan.. yang memerlukan perkhidmatan alat siaraya ini, agar tidak menyesal di kemudian hari.. okay.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment