Suntingan Video (Rabak Mata Studio's)























































kebiasaannya sebelum sesuatu suntingan/editing yang perlu aku buat.. aku kena pastikan persekitaran aku kemas dan tersusun.. dan aku kena kemaskan dulu kawasan sekitar aku agar kelihatan teratur dan sempurna kerana kerja-kerja yang terdahulu.. bila dah kemas barulah aku mula membuat kerja-kerja suntingan.. ini bukan apa hanya untuk aku kembalikan semula mood aku untuk memulakan kerja-kerja suntingan yang baru.

suntingan/editing video sebenarnya memerlukan idea dan perancangan sebelum pengambaran dibuat lagi.. contohnya skrip atau story board, dan selalunya aku akan buat dari mula shooting hinggalah siap sesuatu video.. dan kebanyakkan yang aku lihat sesuatu teknik videografi yang telah aku gunakan tidak dapat digunakan oleh orang lain yang menyunting video tersebut mengikut kehendak aku.. itulah sebabnya aku lebih gemar membuat sesuatu produksi 100% datangnya dari aku dan begitulah sebaliknya video yang di shooting oleh orang lain agak sukar untuk aku mendapatkan penghayatan bagi membuat sesuatu suntingan kecualilah jurukamera itu faham dan tahu apa yang aku hendak dan mengikut dengan betul skrip atau story board yang ditetapkan dengan betul dan jelas.

kreativiti dan ketekunan memang perlu ada untuk memastikan sesuatu video yang disunting nampak begitu sempurna dan tidak ada kesilapan yang berlaku.. ketelitian pada setiap scene video dari segi pemotongan dan penyambungan agar tidak 'jump' amat penting sekali. dari segi effect antara scene juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah suntingan video.

oleh kerana terlalu tekunlah menyebabkan aku membuat sesuatu editing hingga larut pagi.. sampai rabak mata aku mengadap komputer.. bila dah puashati barulah aku tutup komputer dan balik kerumah..walaupun kerja-kerja suntingan belum selesai.. kerana esok aku aku sambung untuk suntingan kerana kelebihannya adalah idea atau teknik yang aku guna untuk suntingan kadangkala boleh berubah dan bercambah pada keesokan harinya.. kalau lebih menarik lagi bagus kalau tak.. ikut sahaja idea yang di rancang..

bila produk video telah siap aku suka melihat aksi pelanggan yang melihat hasil video yang telah aku suntingkan.. ada yang puji dan tak kurang juga yang memberi kritikan.. jadi kesimpulanya yang puji tu aku sukalah, dengan penat lelah yang aku keluarkan selama ini tak sia-sia.. yang mana mengkritik dan banyak komplen.. aku agap sebagai tauladan dan aku kena terima kritikan secara terbuka kerana aku bukanya sempurna pasti ada kesilapan dan kesalahan.. dan aku akan cuba memperbetulkan semula tentang apa yang dikritikkan.. ini kerana aku bukannya terbaik banyak lagi perkara yang aku kena berlajar dan terus berlajar mengenai teknik suntingan.

2 comments:

  1. wooo lama tak menjengah Rabak Mata studio nih mcmcna gak ehh skrng nih..

    ReplyDelete
  2. ameng...aku suka tgk semua yg di nukil kan disini..suatu pemberi semangat buatku yang masih lagi merangkak

    ReplyDelete