Temani Masa Tua

TEMANI MASA TUA from Ah Meng on Vimeo.



Temani Masa Tua (The Potters)

Synopsis : Beliau (Yusop bin Ali) adalah Atuk aku yang terakhir dalam keluarga, tahun 2010 ini umur beliau menjangkau 90 tahun.. anak ketiga dalam lima adik-beradiknya, hanya beliau sahaja yang masih ada dan kesemua adik beradiknya telah pun meninggal dunia. Kini beliau menetap di Batu Pahat, Johor dan beliau pernah berkh...idmat dalam Askar Melayu dalam menentang Penjajahan..

Keadaannya yang uzur seadanya membuatkan aku membuat sedikit Video Klip untuk kenangan kami Sekeluarga.. Terima Kasih kepada The Potters kerana mencipta lagu Temani Masa Tua.. dan aku ingin meminta kebenaran menggunakan lagu kalian kerana bagi aku lagu ini kena/secocok dengan visual atuk aku ini... Terima Kasih.. dan aku tidak ada mengambil sebarang keuntungan dari video ini.. Terima Kasi sekali lagi..

Semoga Allah memberikan sedikit lagi Hayatnya untuk kami mencurahkan Kasih Sayang.. Amin.

Kesimpulanya : Jikalaulah kita diberi peluang untuk panjang umur sehingga ke hari Tua kelak... Mungkin kita terpaksa menelan apa sahaja perasaan kecewa, kemarahan atau kesedihan.. apa tah lagi apabila kita telah sedar dimana perginya kejujuran, kesetiaan, kemegahan, persahabatan, percintaan dan kasih sayang yang pernah kita agungkan sewaktu dahulu hilang begitu sahaja.. Kita tidak akan mampu lagi untuk melawan atau menolak sebarang kemungkinan yang akan menimpa diri kita kerana kita sudah tidak berdaya lagi.. ini mungkin akan terjadi jika kita suda tua.. yang hanya mengharapkan secebis kasih sayang.. jika ada... dan bukannya cemuhan.. Segala pembohongan atau lakunan dapat dilihat didepan mata tapi kita tidak mampu menghalanginya...

Apabila kita sudah tua.. hati kita akan cepat terguris dan cepat terasa.. bertambah malangnya kerana tiada penawar.. keperitan dan kesedihan didalam diri.. hanya kita yang menanggungnya bersama keuzuran yang dijinjing..

Hanya dengan mengingati dan bersujud pada NYA sahajalah yang dapat menenangkan dan mententeramkan jiwa yang semakin lama semakin kosong..

Agaknya.. Siapalah yang sudi menemani kita bila sudah tua kelak..?

blog : http://cromeartproduction.blogspot.com/
vimeo : http://vimeo.com/cromeartproduction
fan club : http://www.facebook.com/cromeartproduction

Makluman :

Al-Fatihah buat Atuk saya (Allahyarham Yusop bin Ali) yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Ahad 15 Jan 2012 di Batu Pahat, Johor.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tajuk : Temani Masa Tua
Artis : The Potters
Durasi : 4.43 Minit
Videografi/Suntingan : Ah Meng
Terbitan Crome Art Production
Email : crome_art@yahoo.com

No comments:

Post a Comment