Time Lapse - Tower of Dreams

My first attempt using Time Lapse from DSLR
Equipments : Canon 60D & Phottix TR-90
Title : Tower of Dreams
Song : Stefanos
Location : Penyabung Beach, Endau Johor, Kuala Rompin, Pahang, Muadzam Shah, Pahang & Bukit Ibam, Pahang. Malaysia.
Asst. : Cupot Hero
Videography & Edited : Ah Meng
Produced by CROME ART PRODUCTION

Teknik TimeLapse ini adalah pengalaman pertama dan baru bagi aku dalam memperbagaikan penggunaan Kamera DSLR ini. Untuk percubaan yang pertama ini banyaklah dugaan dan cabaran yang telah aku lalui sepanjang aku mempelajari dan mencari teknik-teknik cara guna untuk mengendalikan TimeLapse ini.

TimeLapse yang aku gunakan kali ini adalah dari Kamera DSLR Canon 60D (Kamera Digital). Apa yang diperlukan adalah aku harus memastikan kedudukan kamera dan tripot dalam kedudukan yang betul dan akan merakam gambar tersebut secara berulang-ulang pada lokasi yang sama dalam satu masa.. Kepingan gambar ini (JPEG) setelah diambil kadangkala mencecah sehingga 1000 keping adakala hingga ke 2000 keping dan disusun secara outomatik (Image Sequence) didalam proses Video Editing dan Durasinya (Masa) mengikut jumlah pada kepingan gambar (JPEG) yang telah diambil. Setiap tangkapan gambar aku setkan 5 saat untuk satu gambar dan aku biarkan ia bekerja (Capture) mengikut jam yang aku kehendaki.

Ianya amatlah rumit berbanding mengambil video yang biasa aku buat..  dengan berbekalkan kamera Canon 60D dan Phottix TR-90 ini aku cuba gagahi untuk mencapai matlamat untuk menjadikan apa yang aku impikan menjadi kenyataan.. Alhamdulillah berkat sokongan dan perkongsiaan ilmu Fotografi dari rakan-rakan sepejuangan.. membuatkan aku bertambah bersemangat untuk ber 'TimeLapse'..

Cabaran yang paling rumit adalah untuk mencari lokasi matahari terbit (Sunrise) seawal 6.00 pagi.. kadangkala aku tersasar arah walaupun berpandukan penunjuk kompas ditangan.. Setting pada kamera mestilah tepat dan betul untuk pastikan cahaya yang masuk didalam kamera stabil sehingga matahari terbit.. Selain itu angle dan pemilihan lokasi (Tempat) yang terbaik pun penting untuk menjadikan gambar yang ambil itu cantek dan menarik.

Berbeza dengan matahari terbenam (Sunset) ianya agak mudah untuk mengagak dimana matahari tersebut akan jatuh dan setting pada kamera pun agak senang.
Cuma video yang aku paparkan disini masih banyak kekurangan dan aku masih belum berpuashati kerana masih belum mencapai apa yang aku inginkan. Ini mungkin kerana cuaca (musim tengkujuh) sekarang ni belum mengizinkan aku mendapatkan pemandangan yang lebih cantek lagi..

Wassalam - Ah Meng

Faces

Faces 16


Faces 15 Faces 14 Faces 13 Faces 12 Faces 11 Faces 10 Faces 09 Faces 08 Faces 07 Faces 06 Faces 05 Faces 04 Faces 03 Faces 02 Faces 01