Muzik Dan Video

Irama dan Lagu memang tidak dapat dipisahkan, begitulah juga dengan kehidupan ku, musik, videografi & fotografi dah menjadi sebati dalam kehidupan aku seharian..

Gabungan musik dalam videografi menjadi lebih menarik dan dapat menyampaikan maksud atau kehendak sesebuah cerita/senikata lagu dengan cepat dan pantas sambil didendangkan didalam gerak tari visual yang lebih jelas setelah diolah atau disunting menjadi sebuah klip video.

Perancangan skrip mengikut senikata lagu atau rentak muzik akan menjadi sesebuah video klip bertambah sempurna dan berkesan dengan susun atur yang kemas akan mencantikkan lagi sesebuah video klip.

Lakun gaya para perlakon pun memainkan peranan yang amat penting bagi segala watak/sifat/riak wajah dan kelakuan untuk menguatkan lagi jalan cerita. Segala aksi dan persembahan perlu diteliti dan diperhalusi dengan terperinci agar tidak terpesong akan maksud yang hendak disampaikan.

Kesimpulanya - Lagu yang hendak disampaikan melalui videografi, adalah lebih senang dan mudah difahami berbanding lagu yang disampaikan tanpa visual yang hanya diimiginasikan oleh kita sendiri.

- Director.

Ah Meng.

Aksi Rentung Group's

















Sinopsis CINTA

CINTA adalah terlalu indah.. Apabila sudah Jatuh CINTA.. Hidup alangkah Riangnya.. Siang dan Malam Wajah terbayang.. Bila kita dilamun CINTA.. Hati Bedebar-debar kerana CINTA..
Lamunan CINTA tidak kenal akan Usia.. Setiap manusia akan Jatuh CINTA.. Bila sudah CINTA sudah pasti ada Rindu..Rindu jadi mengila-gila kerana CINTA.. Bila CINTA berputik tidur jadi tak lena.. Bila CINTA dikenang pasti tertawa.. Tersenyum seorang sendiri kerana CINTA.. Memang seronoknya bila Kita Jatuh CINTA..

Sekalung Budi Terima kasih kepada Band Project Pop kerana telah berjaya me'remix'kan lagu JATUH CINTA ini.. Video klip ini di hasilkan adalah diatas dasar meminati dan teruja dengan lagu yang telah didendangkan dan yang telah diolah kembali oleh Band Project Pop. Tahniah buat Band Project Pop, kerana bagi kami lagu kamu adalah yang terbaik dan bersahaja yang boleh didengar tidak kita tua atau muda.. Video klip ini hanya untuk Hiburan semata, Hanya untuk suka-suka dan tidak lebih dari itu..

Kami memohon ampun dan maaf jika lagu ini disalah tafsirkan..Harap Maklum..


Artis Rentung Group's

Sani Rahman, Noor Azly, Saiful Reduan, Norazlynnda, Ah Meng & Anita
Peralatan Studio : Arunamaya Studio's Kajang, Selangor.
Penataan Cahaya : Sani Rahman
Tema : Ayuh Mencari Cinta oleh Sani Rahman
Lokasi : Bandung, Indonesia & Kuala Lumpur, Malaysia
Videografi/Suntingan : Ah Meng