Kamera Video Sony U-matic Recorder
























































aku menggunakan kamera u-matic dari tahun 1999-2001, tahan lasak dan hanya mampu merakam untuk satu tape dalam 20-30 minit sahaja.. kamera u-matic yang aku gunakan ini kira anak-beranaklah dengan kamera beta.. yang selalu rtm dan tv3 pakai.. cuma diorang pakai kamera beta.. dalam bentuk kamera beta analog atau kamera beta digital..

peliknya kamera ini adalah.. untuk membuat rakaman/record.. tape rakaman tidak berada di dalam kamera.. akan tetapi berada di luar iaitu ada sebuah lagi perakam berasingan yang bersambung dengan cable.. terus ke kamera itu sendiri.. memang payah.. (macam beg sekolah)
dan selalunya mesti ada pembantu untuk menyandang perakam tersebut.

untuk mendapat color yang betul.. mesti kena white balance atau black balance.. tembak kat kertas putih atau tudung awek yang berwana putih.. gerenti akan dapat color yang sebenarnya mengikut cahaya didalam sesuatu tempat atau kawasan.

kualiti adalah tidak sama dengan kamera sekarang.. kerana kamera ini 100% mengharapkan teknik pencahayaan yang sempurna.. jadi lampu kena ada.. lagi banyak lampu lagi bagus.. kalau tidak akan nampak noise yang ketara..

view finder hitam putih membuatkan kepantasan fokus dengan tepat dan cepat.. sama dengan kamera beta yang lainnya view findernya adalah hitam putih.. bayangkan untuk buat liputan diluar aku kena bawa tape kosong sebanyak yang mungkin... mmg payah.. itu belum masuk editing lagi.. tapi itu dulu.. kamera ini kiranya tergolong dalam jenis kamera professional broadcast pada masa itu.

kadang-kadang tu.. aku kena ejek dengan jurukamera dari rtm & tv3.. yang mengatakan kamera aku ni sepatutnya dah simpan kat muzium.. aku pun dengan selamba memekakkan telinga aje..

No comments:

Post a Comment